KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai supayaberhenti menggunakan produk tradisional “Pronoton” kerana iamengandungi racun berjadual “analog sildenafil” yang tidak dibenarkanbagi ubat tradisional.
Pengarah Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Eisah A Rahman,berkata pendaftaran produk itu sudah dibatalkan Pihak Berkuasa KawalanDadah (PBKD).
“Ubat yang mengandungi sildenafil hanya boleh dibekalkan olehdoktor atau diperolehi dengan preksripsi doktor,” katanya dalam satukenyataan hari ini.
Eisah berkata penggunaan produk tradisionalmengandungi sildenafil tanpa pengawasan doktor boleh menyebabkan kesansampingan seperti tekanan darah rendah dan kesan kardiovaskular lain.
"Sesiapa yang masih mempunyai stok produk itu dinasihatkansupaya menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaanya denganserta-merta," katanya.
Beliau berkata, pemilikan untuk jualan produk itu melanggarPeraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan jika sabitkesalahan boleh didenda sehingga RM25,000 atau penjara sehingga tigatahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama.
“Bagi syarikat, ia boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untukkesalahan pertama dan sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya,”katanya. - Bernama